Friday, 6 May 2011

skrip pidato: patrotisme

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
                Sejambak kasih, sekalung budi,saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa yang setia, yang dimuliakan warga pendidik keringat serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi  sekalian.
Sambutlah salam sejahtera dan salam satu Malaysia, saya anak Malaysia.
Terbang bangau sepanjang hari,
Ke tasik juga tempat akhirnya
dilantai ini hamba berdiri
merungkai frasa penuh bermakna
                        Sebelum hujah diperkukuhkan bukti,sebelum bibir terus mengorak bicara, biarlah saya canangkan dahulu tajuk pidato saya yang berbunyi, “Semangat Patriotik membentuk modal insan terbilang ”. Maka, izinkan saya merungkai benang-benang kalimat yang mengikat setiap frasa agar hadirin hadirat yang kabur semakin jelas maksudnya.
Hadirin hadirat sekalian,
Menurut definisi nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral,Frasa “Semangat patriotik atau patriotisme” bermaksud  perasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri, membentuk pula bolehlah diertikan membuat sesuatu menjadi rupa yang tertentu, manakala frasa seterusnya iaitu modal insan merupakan frasa yang dipopularkan oleh Pak Lah  dalam ucaptama beliau ketika membentangkan Rancangan ke9 bermaksud tenaga kerja atau aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisaikan sebuah negara bangsa yang maju menjelang wawsan 2020. Terbilang pula membawa konotasi , dapat dihitung satu,dua , tiga atau terkenal dan terkemuka. Secara tuntasnya, frasa ini bermaksud perasaan cinta  yang mendalam kepada negara mampu menjana tenaga kerja yang terkemuka dan terkenal di persada dunia.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Persoalannya , kenapa dan mengapa semangat patriotik dianggap wadah yang mampu membentuk modal insan terbilang? 4 perspektif hujah akan merungkai persoalan ini.
Hujah saya yang pertama. Melalui Semangat patriotik inilah terpasaknya pelbagai elemen nilai murni yang utama seperti nilai amanah, bertanggungjawab, taat setia, sanggup berkorban dan yang paling penting kesyukuran kepada Tuhan kerana semangat patriotik menjadikan  seseorang itu tidak sanggup untuk melihat keutuhan negaranya digugat musuh. Malah mereka lebih sanggup berputih tulang daripada berputih mata. Masihkah kita ingat pejuang negara yang terbilang iaitu leftenan Adnan bin Alang Saidi? Dengan semangat patriotik yang mengalir dalam darahnya, beliau mempertahankan tanah air tercinta. Justeru, dengan adanya semangat patriotik ini tidak mustahil banyak lagi wira bangsa seperti leftenan Adnan dapat dibentuk menjadi lambang modal insan terbilang.

Hadirin hadirat yang saya muliakan.
Menyusul pula hujah saya yang kedua.
Semangat patriotik juga menjadikan seseorang pekerja itu sanggup(mampu) memerah tenaganya sama ada dari segi intelektual mahupun fizikal. Dalam hal ini kita tinjau seorang tokoh maal hijrah 1432 , iaitu Yang Mulia Dato’  Dr Zeti Aktar yang memegang tampuk Bank Negara dari zaman kegawatan ekonomi hingga hari ini. Jerih payahnya dalam menarik ekonomi negara ini dari belenggu kegawatan sememangnya amat dikagumi, benarlah kata pepatah tangan yang mengayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia. Wanita yang begitu tinggi peribadi ini sanggup memperhambakan diri untuk  menentukan hala tuju perbankan negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Bukankah ini telah sekali lagi membuktikan bahawa semangat patriotik mampu membentuk modal insan terbilang?

Sidang hadirin yang dihormati,
Meniti pula hujah saya yang ketiga.
Ahli sukan kita yang bertaraf dunia seperti Datuk Nicole David dan Datuk Lee Chong Wei masih berdiri di bawah panji Jalur Gemilang walaupun Negara luar menadah tangan untuk menerima mereka. Inilah persoalannya, mengapakah mereka tetap tidak tergoda dengan penawaran lumayan yang diberikan oleh Negara lain?Tepuk dada, Tanya selera , Bukankah sesuatu kejayaan kerjaya diukur melalui pulangan yang digenggamnya?  Salah satu jawapannya ialah semangat patriotik yang dipupuk pada jati diri telah menyebabkan diri tetap bertaat setia kepada Negara. Justeru, Izharnya di sini semangat cinta akan Negaralah yang akan membentuk modal insan terbilang !

Warga Dewan yang dihormati sekalian,
Sampai saya pada hujah yang terakhir. iaitu semangat patriotiklah membentuk modal insan yang tidak mudah layu dipanggang suria, tidak mudah karam dipukul badai. Hal ini amat jelas umpama sudah terang lagikan bersuluh jika di lihat pada jiwa warga pendidik yang berada didepan mata.Walau di campak ke ceruk rantau, mereka tetap menabur jasa. Atas semangat patriotik merekalah, dalam rancangan Malaysia ke 10, Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Datuk Seri  Najib  Tun Razak mengiktiraf pendidik sebagai jurutera modal insan yang mampu membentuk modal insan yang terbilang dan berfikiran kelas pertama. Walaupun kerja yang ditanggung tidak terungkap dimulut, tidak terangkat dipundak ,namun keikhlasan mereka dalam usaha medidik anak Malaysia ,mampu memperkasakan pendidikan dan secara tidak langsung membentuk  modal insan terbilang. Dibahu merekalah letaknya pemacu  dan penggerak  negara dalam memenuhi lanskap perubahan politik, sosial dan ekonomi .

            Biar gelora ganas membadai, biar mentari hangus membakar,namun modal insan yang tertancap semangat patriotik pasti dapat membentuk modal insan yang terbilang. Lebih –lebih lagi, dengan sokongan Slogan SATU MALAYSIA yang diuar-uarkan, bukankan slogan ini bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa hanya bersatu padu, Negara maju, hanya adanya perasaan sayang kepada Negara,  maka Negara semakin berjaya ! Persis kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. remaja hari ini merupakan bakal pemimpin masa depan. Maka dayung sudah ditangan, perahu sudah diair, marilah kita menanam semangat patriotik dijiwa sendiri agar menjana modal insan terbilang.
           
Saya akhiri syarahan saya ini dengan pantun yang berbunyi
Negeri Kedai Permai dan Indah
                     Pinggiran paya kundur berduri
berhujah sudah, bersyarah sudah
             izinkan saya mengundur diri
Sekian terima kasih.



berpantun pantun

pantun 


terkukur dijerat tiada bertali
                   rami digoyang didahan mati
syukur dipanjat pada Ilahi
                 suami tersayang pilihan hati


                                                             kota dibina dari kerikil
                                                                    teguh berdiri pertahan kuasa
cinta berputik semasa kecil
                  jodoh dikabul Tuhan yang Esa


rantai mutiara dipakai nyonya
                          menjadi hiasan penyeri mata
badai melanda Ujian dari-Nya
                               menguji keteguhan istilah cinta




sutera diikat si kain kasa
                               dijaja orang buat dagangan
Doa dipanjat pada yang Esa
                                     moga jodoh kekal berpanjangan


kepayang ditanam dipinggir kali
                         mabuk dimakan merosak jiwa
sayang dilafaz mudah sekali
                    Pabila diuji terrpasak jiwa 



Salam puitis di maya persada,jari nan gatal diubat juga, sekadar menempias keinginan jiwa, berlindung dibalik tabir shumaiya......................

Loket permata indah direka
         Dipakai puan dengan kebaya     
internet di kata pembawa petaka
                  sebenarnya pilihan ditangan empunya